Untitled Document
 
 
 
  Untitled Document
 
   
弹弹堂
Untitled Document
Untitled Document
KEISTIMEWAAN
 
 
  Keistimewaan | Sistem Liga
Introduksi > Keistimewaan
 
 
 

MENYERTAI LIGA

Pemain boleh memohon untuk menyertai Liga di antaramuka Liga, atau menyertai Liga melalui jemputan dari ahli Liga-Liga. Pemain tidak dibenarkan menyertai lebih daripada satu Liga.


PERANG LIGA

Perang Liga akan bermula jika 2 atau lebih pemain yang bertahap Elit dalam Liga berada dalam bilik perlawanan yang sama. Pemain boleh memperolehi harta Liga jika menang dalam perang Liga.

KEDAI SENJATA LIGA

Kedai Senjata Liga dapat meningkatkan kadar berjaya sekurang-kurangnya 10% atau sebanyak 100% (bergantung kepada tahap Kedai Senjata Liga 1-10) semasa proses penguatan atau sintesis. Liga perlu capai tahap tertentu sebelum dapat meningkatkan Kedai Senjata Liga, peningkatan juga memerlukan harta Liga dan emas yang tertentu.

KEDAI LIGA

Kedai Liga menjual rantai yang dapat menambah had maksima HP, sekurang-kurangnya 10% HP dan sebanyak 50% HP, rantai ini boleh didapati di Kedai Liga bertahap 1-5. Selain itu, Kedai Liga tahap 2 juga terdapat Pek Jasa yang mengandungi pelbagai barang permainan termasuk senjata tahap II. Liga perlu capai tahap tertentu sebelum berupaya meningkatkan Kedai Liga, peningkatan juga memerlukan harta Liga dan emas yang tertentu.

TUGAS HARIAN LIGA

Pemain akan mendapat tugas harian Liga selepas menyertai Liga. Pemain boleh dapat Exp, Jasa dan harta Liga selepas menyelesaikan tugas ini. Tugas harian Liga akan diset semula setiap 24 jam.

PETI SIMPAN LIGA

Peti simpan Liga dapat menambah ruang simpanan ahli Liga, ruang minima 10 manakala ruang maksima 100 boleh didapati di peti simpan Liga tahap 1-10. Liga perlu capai tahap tertentu sebelum berupaya menaik taraf Peti Simpan Liga, peningkatan juga memerlukan harta Liga dan emas yang tertentu.

MEMBINA LIGA

Pemain tahap 12 yang belum menyertai Liga boleh membina Liga dengan 100000 emas. Pembina Liga akan menjadi Presiden pertama kepada Liga tersebut.

 
Untitled Document
 
©2011-2012 MMOG.asia - Hak cipta terpelihara. Paparan Terbaik dalam Internet Explorer 7.0 atau ke atas (1280x1024). Flash 10 plugin diperlukan.