弹弹堂
Untitled Document
Untitled Document
KEISTIMEWAAN
 
 
  Keistimewaan | Optimasi Sifat-sifat dan Fungsi Pembantu
 
 
 

Antara muka watak yang baru dan fungsi optimasi sifat-sifat akan dipersembahkan dalam Boomz versi 2.0, akan membawa sensati baru kepada para pemain. Selain daripada itu, pembukaan bingkai Pembantu dan Cincin Kahwin yang baru ini membolehkan pemain meningkatkan kuasa perang mereka ke tahap yang lebih tinggi! Bacaan kuasa perang dan sifat-sifat yang baru membolehkan pemain mendapat tahu kuasa sendiri dan jarak dengan musuhnya. Ingat, Serangan tertinggi tidak semestinya paling sakti!

Dalam pembaharuan sifat yang baru ini, sifat Tahan boleh menambah had maksima darah, sifat Tuah boleh mengabaikan pertahanan musuh, sifat Lincah boleh menambah had maksima tenaga, dan sifat Serang boleh menambah ancaman terhadap musuh. Kesan baru ini lebih fleksibel kepada pemain dan lebih mencabarkan! Bacaan Kuasa Perang, Ancaman, Perisai, Darah dan Tenaga juga telah ditambah dalam antara muka Beg, pemain dapat lebih memahami kuasa sendiri dan kuasa pemain lain.

Penambahan bingkai Pembantu dan Cincin Kahwin tidak saja menambah sifat-sifat watak pemain, fungsi pembantu boleh juga menambah penggunaan teknik pemain semasa perlawanan!

Pengenalan Pembantu

Perisai merupakan salah satu pembantu. Melengkapkan Perisai dalam bingkai Pembantu membolehkan anda mengaktifkan kesan mengurangkan ancaman apabila pembantu digunakan, kesan akan berterusan dalam masa tertentu. Pengurangan ancaman ditentukan oleh tahap Perisai.

Perisai boleh diperkuat, namum tidak boleh disintesis atau dilebur. Penguatan Perisai hanya boleh menambah kesan dan jumlah pengurangan ancaman,tidak boleh menambah sifat lain.

Sayap Malaikat merupakan salah satu pembantu. Melengkapkan Sayap Malaikat dalam bingkai Pembantu membolehkan anda melancar boom dengan kesan pemulihan darah, sasaran yang dikena akan memulih darah. Jumlah pemulihan darah ditentu oleh tahap Sayap Malaikat.

Sayap Malaikat boleh diperkuat, tidak boleh disintesis atau dilebur. Penguatan Sayap Malaikat hanya boleh menambah had pemulihan darah, tidak boleh menambah sifat lain.

 
Untitled Document
 
©2011-2012 MMOG.asia - Hak cipta terpelihara. Paparan Terbaik dalam Internet Explorer 7.0 atau ke atas (1280x1024). Flash 10 plugin diperlukan.