弹弹堂
Untitled Document
Untitled Document
KEISTIMEWAAN
 
 
  Keistimewaan | Sistem Cabaran
Introduksi > Keistimewaan
 
 
 

Pemain boleh menjalankan perlawanan PVE dengan pemain lain di Jeti, hanya terdapat mod ‘Cabaran’ buat setakat ini.

Pemain dapat berjuang dengan pemain lain untuk berlawan dengan pelbagai raksasa dan dapat ganjaran lumayan.

Aliran perlawanan cabaran berbeza dengan aliran perlawanan mod lain, ia tidak berakhir dalam satu pusingan.

Dalam mod cabaran, pemain perlu menyeberangi siri cabaran yang pendek atau panjang dan menewaskan BOSS untuk dapat kemenangan akhir dan ganjaran lumayan.

Pengecut yang berhenti pada tengah perlawanan tidak dapat menikmati hadiah kemenangan!

Klik butang ‘Bina’ untuk bina bilik di Jeti, klik pasti bina dan masuk ke bilik.

Selepas bina bilik cabaran, anda perlu pilih cabaran yang diingini.

Pilih cabaran yang diingini, lalu pilih jenis kesusahan dan klik pasti.

Anda boleh memilih untuk berlawan dalam beberapa cabaran, namun mod yang berlainan mempunyai keperluan tahap yang berlainan, anda boleh masuk selepas capai tahap yang diminta.

Terdapat 4 jenis kesusahan dalam cabaran: Mudah, Sederhana, Susah, Wira. Darah, tahan, serang dan sifat-sifat raksasa adalah berbeza dalam kesusahan yang berlainan. Raksasa adalah lebih kuat dalam jenis kesusahan yang lebih sukar. Ganjaran juga akan bertambah dalam jenis kesusahan yang sukar.

Setiap cabaran harus bermula dengan jenis kesusahan Mudah, anda perlu menjadi tuan bilik dan melengkapi cabaran dalam sejenis kesusahan untuk membuka kesusahan yang seterus. Cabaran dalam kesusahan yang berbeza mempunyai kepanjangan yang berbeza juga, hanya dengan menjalankan cabaran dalam kesusahan tertinggi, anda dapat menikmati pengalaman perlawanan yang sempurna dan dapat ganjaran lumayan.

Anda dapat menemui pelbagai raksasa dalam cabaran, ada yang cantik, ada yang ganas dan ada juga BOSS yang sangat comel, tetapi jangan anda memandang rendah terhadap mereka kerana anda mungkin akan kalah.

Barang-barang dalam Cabaran

Selepas berjaya menyiapkan seluruh cabaran, anda boleh pilih kad ganjaran. Berbeza dengan ganjaran yang lain, anda boleh pilih kad sebanyak 2 kali pada kali terakhir dan boleh membeli satu lagi peluang dengan PB. Anda mungkin dapat barang-barang yang terdapat dalam seluruh cabaran ini.

Cabaran juga dapat mengutip senjata istimewa yang tidak dapat dibeli di Kedai. Senjata ini mempunyai sifat dan kuasa yang lebih tinggi daripada senjata biasa yang dijual di Kedai. Namun begitu, ia agak susah untuk dapat senjata istimewa ini, hanya pahlawan yang paling sakti dapat memiliki mereka.

Contoh: Senjata istimewa - Bumerang II

 
Untitled Document
 
©2011-2012 MMOG.asia - Hak cipta terpelihara. Paparan Terbaik dalam Internet Explorer 7.0 atau ke atas (1280x1024). Flash 10 plugin diperlukan.