Adakah anda menyanjung gelaran hebat seperti dalam WOW? Adakah anda ingin mendapat lambang istimewa? Kini anda boleh dapat gelaran istimewa yang menunjukkan kedudukan anda dengan Token Prestasi dalam Boomz.
Token Prestasi, apabila pemain mencapai prestasi yang tertentu, rekodnya akan dicatat sebagai bukti mencapai sasaran. Ia hampir sama tetapi berbeza dengan tugas biasa, pemain Boomz boleh dapat ganjaran seperti kelengkapan, emas dan juga gelaran yang melambangkan kedudukan anda melalui system prestasi. Pada masa yang akan datang, pihak rasmi mungkin akan menambah tugas yang hanya boleh dijalan oleh pemain yang memiliki gelaran tertentu.
Token Prestasi dalam Boomz terdiri daripada: Prestasi Lain, Prestasi Watak, Prestasi Tugas, Prestasi Cabaran dan Prestasi Perlawanan. Pertumbuhan pemain dalam permainan termasuk: perlawanan, cabaran, pertandingan, perang liga dan lain-lain akan direkod dalam system prestasi. Pemain lain boleh juga melihat prestasi yang anda capai.
Klik pada senarai di bawah nama dalam antara muka profil untuk semak gelaran, gelaran akan ditunjukkan semasa perlawanan. Walaupun pihak rasmi belum lagi mengumumkan jumlah gelaran dan ganjaran, tetapi boleh manganggar bahawa pemain boleh dapat gelaran yang lebih banyak jika capai tahap yang lebih tinggi dalam Token Prestasi.
Dalam permainan lain, pemain mungkin membuang banyak masa dan tenaga untuk menyiapkan sesuatu prestasi. Dalam Boomz, pemain dapat menikmati keseronokan permainan dengan sepenuhnya kerana Token Prestasi bergabung sempurna dengan tugas permainan. Anda mungkin boleh dapat gelaran kerajinan hanya dengan mendaftar masuk ke Boomz setiap hari~
Token Prestasi Boomz, menonjolkan keistimewaan anda! |